Wednesday, May 4, 2011

cte seram beb..:)

Ini ada sebuah cerita yang x pasti kebenarannya. Khabarnya,sebelum penjara pudu ditutup dulu pernah diceritakan orang bahawa terdapat sebuah bilik yang dipanggil "Bilik Terakhir".Di bilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak penjara pudu ditutup.Dinamakan "Bilik Terakhir" adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya di bilik gantung .
Di bilik terakhir inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit , bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu.Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.
Menurut cerita warden2 yang masih ada di penjara pudu sewaktu proses pengosongan penjara pudu dijalankan,mereka sering terdengar suara2 sayu meminta tolong,suara orang menangis dan macam2 lagi dari "Bilik Terakhir" tersebut.Tidak kurang juga ada antara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing itu keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara2 yang sering kedengaran pada waktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh2 pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka di tali gantung nak dijadikan cerita pada suatu malam jumaat kebetulan waktu hujan renyai2 seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan bilik terakhir itu.Ketika sedang berkawal kira2 lebih kurang pukul satu pagi tiba2 beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari2 berhampiran bilik itu.Dia cube memberanikan diri untuk melihat apakah bendanya itu.

Sedang mengamat-amati tiba2 terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang munuju kearah bilik terakhir lalu lesap begitu saja.Dia berasa hairan bagaimana seekor kambing boleh ada di kawasan itu?

Oleh kerana inin tahu dia memberanikan diri menghampiri bilik itu.Alangkah teperanjatnya apabila mendapati telah terbuka bertukar menjadi pinta gua.Mulalah dia berasa gementar seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan diri memasuki pintu gua yang samar2 itu sambil meninjau2 di dalam jikalau terlihat kambing tadi....

Alangkah terperanjatnya bile ape yang dilihatnye banyak harta karun...warden tersebut cuba mengambil harta itu,..tiba2 satu lembaga yang mengerikan berkata:

"hey manusia harta itu bukan kau yang punya tapi Ahmad Albab yang punye..:P"

No comments: